November 08, 2009

HJ HADI - PAS TERUS MENYOKONG PAKATAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 7 Nov : "Bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu." Demikian antara kata-kata azimat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptamanya di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.

Kata Abdul Hadi, PAS sama seperti gerakan dan perjuangan Islam yang lain, senantiasa diasak dengan pelbagai fitnah serta mendapat tentangan hebat daripada masyarakat yang jahil dan parti memerintah yang tidak adil selama ini.

Oleh yang demikian katanya, menjadi tanggungjawab PAS untuk memperkasakan ahli-ahli dan mengatur startegi sebaik mungkin bagi menghadapi sebarang cabaran dan ujian yang mendatang sekaligus mengajak umat Islam menjadi penganut yang kuat dan golongan bukan Islam menjadi penyokong kepada perjuangan ini.

"PAS merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

"Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti  sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini," katanya di hadapan lebih 1,000 peserta yang memenuhi ruang dalam dan luar Dewan Fadzil Noor hari ini.

Walaupun, berdepan dengan demokrasi yang tidak adil di negara ini, PAS terus sabar dan cekal menyertai pilihan raya yang diadakan dan natijahnya, kini telah berjaya menguasai jumlah kerusi Parlimen yang besar dan  lima negeri bersama Pakatan Rakyat, kata Abdul Hadi.

Sungguhpun begitu, kata Presiden PAS itu, sebarang pencapaian kejayaan dan kelemahan mestilah dikaji semula untuk memastikan parti tersu kukuh dan kuat di persada politi tanah harir seterusnya dapat mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

"Kita mestilah memerangi penyelewengan, rasuah tanpa korbankan dasar kita," katanya.

Sementara itu, beliau terut mengulangi pendirian dan menyatakan bahawa hasil daripada 'Tahalul Siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Rakyat telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasinonal (BN) yang begitu takbur sebelum ini

"Kita akan berdiri teguh dan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya yang mahu ianya seiring dengan tujuan menguatkan perjuangan Islam yang menjadi dasar parti itu selama ini.

"KIta mesti menguatkan PAS yang perjuangkan Islam.

"Kita juga sentiasa terbuka dengan semua pihak demi untuk Islam dan hanya dengan Islam sahaja boleh memberi kemenangan dunia dan akhirat," katanya

Beliau memberikan ucapan utama yang bertajuk 'Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke-13' sebelum sesi perbahasan dengan dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya).

Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz dijadualkan menutup seminar sehari suntuk ini yang bermula kira-kira 9.30 pagi.

Ketika ini, majlis berehat seketika dan akan di sambung pada sebelah petang dengan perbahasan wakil daripada setiap negeri sehingga jam 4.30 petang ini.

November 07, 2009

Gagal dapatkan dokumen bukti dari pendakwaraya..



Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.
Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

November 04, 2009

KEMELUT LIOW - SOI LEK BERTERUSAN.. MCA TERSENTAP LAGI !


Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden MCA walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek kekal memegang jawatan tersebut. Chua menerima surat dari ROS itu pagi ini sebelum jawatankuasa pusat MCA bermesyuarat untuk membincangkan pelan damai antara beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat petang ini, Liow berkata, beliau ada hak untuk merayu terhadap keputusan ROS itu.
Chua dipecat dari jawatan timbalan pesiden pada 26 Ogos. Jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Chua dan sebaliknya menggantung keahlian bekas menteri kesihatan itu selama empat tahun. Manakala Liow yang dilantik memegang jawatan nombor dua tersebut pada 15 Oktober lalu, dianggap melawan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.
Bercakap dalam satu lagi sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat, Tee Keat berkata, mesyuarat hari ini menerima keputusan ROS mengekalkan Chua sebagai timbalan presiden.
Liow memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari.
Berikutan perkembangan terbaru itu, maka usaha terkini untuk menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai, mungkin sekali lagi berdepan dengan jalan buntu.
Liow memberitahu sidang akhbar bahawa “saya masih lagi timbalan presiden”.
Katanya, beliau mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan ROS itu atau membawanya ke mahkamah jika perlu.
Liow juga melahirkan rasa terkejutnya dengan tindakan Tee Keat memecat empat anggota CC yang dilantik, yang menyokong menteri kesihatan itu pagi tadi. Beliau berkata, ia bukanlah satu cara untuk menjayakan pelan damai kerana “keempat-empat mereka menjadi mangsa sebelum pelan itu dapat dilaksanakan”. “Pelan itu mestilah inklusif dan bukannya tindakan drastik seperti pemecatan (mereka),” katanya.Hadir sama dalam sidang akhbar Liow ialah penyokong kuatnya, termasuk Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong. Hadir ialah sembilan orang lagi anggota CC yang menyokogn Liow. Liow memberi tiga sebab mengapa pengekalan jawatan Chua sebagai timbalan presiden adalah tidak sah, iaitu.
1. Jawatankuasa pusat menggantung keahlian dan jawatan Chua sekaligus.
2. ROS tidak ada hak untuk campurtangan dalam keputusan CC.
3. Ia adalah tindakan disiplin dan bukan satu penyingkiran.
Sementara itu, bekas ahli Parlimen Melaka, Wong Nai Chee – salah seorang daripada tiga orang yang mengemukakan desakan diadakan mesyuarat luar biasa (EGM) MCA – berkata EGM itu pastikan akan diadakan.Beliau yang juga seorang peguam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tee Keat yang menyatakan desakan untuk mengadakan EGM itu bercanggah dengan perlembagaan parti.Sehubungan itu, Wong berkata, mereka akan menemui setiausaha agung MCA dan ketua biro undang-undang parti itu untuk menyesuaikan kandungan resolusi bagi mengadakan EGM tersebut.Menurutnya, setiausaha agung MCA perlu mengeluarkan notis untuk mengadakan EGM itu Khamis ini.

November 03, 2009

Pakatan Rakyat harus bersedia mengambilaleh kerajaan selepas PRU13..

Bagaimanapun intergriti kerajaan akan di persoalkan oleh orang ramai apabila pendakwaan terpilih sebegini dan di lihat kecil-kecilan untuk mengabui mata masyarakat.Bagaimana pula dengan bekas menteri besar Selangor,Pahang, Terengganu, Kedah dan banyak lagi kes yang melibatkan lingkupnya hasil negara dan hak rakyat. Byk lagi kes yg besar2 PKZB dll.. tidak diambil tindakan.
Inilah yang di persoalkan oleh rakyat dan peringatan pada pilihanraya 2008 kepada kerajaan Bn itu memang berlaku,bukan kerana apa yang Pakatan lakukan sekarang ini tidak baik , tetapi oleh kerana kelemahan kerajaan Bn,Umno yang masih mengamalkan cara lama mendekati anak muda sebagai sebahagian zaman kini untuk menggantikan pemimpin mereka masa depan.
Umum mengetahui anak muda mindanya lebih terbuka, bebas dan juga agresif, maka kerana itu cara sekarang ini, Umno masih di belakang. Umno umpama kereta buruk, nak berubah pun susah, yang ada cuma pemimpin atasan, yang bawah dah lari, peringkat daerah, projek dah tak dapat, semua kontraktor tukar baju dan berubah ke Pakatan Rakyat. Pembaharuan sedang berjalan sesuai dengan sebuah parti yang sedang maju membangun.
Pelan pengambilan kuasa selepas PRU13 harus di buat sebagaimana saranan Dk Husam Musa.. Pakatan Rakyat harus bersedia dari sekarang. 
Jangan pula ADUN PR membuat kesilapan yang telah Bn/Umno lakukan...jika tidak rakyat tidak akan berpatah balik..

sumber WRLR/mediarakyat

AP SABAK BERNAM DIHADAPKAN KE MAHKAMAH HARI INI..


Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri (BN) dan pembantunya Ramli Busro akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam  kira-kira pukul 8.30 pagi nanti.
Mereka adalah antara lima orang yang diseret ke muka pengadilan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah.
Menurut kenyataan SPRM Ahli Parlimen dan pembantunya itu ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsi semasa menjadi ADUN Selangor.

November 02, 2009

TS Khalid mahukan Jais berikan penjelasan munasabah.. siapa yg punyai kuasa berkenaan islam di Selangor !




Shah Alam , 2 November 2009 - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS memberi penjelasan munasabah mengenai isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat hari ini, Tan Sri Khalid berkata, langkah ini perlu kerana pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berhubung cara penahanan itu dibuat.
Katanya, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa JAIS memiliki kuasa yang bebas dari kekangan kerajaan negeri dalam menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, masih menyiasat kes Dr Asri yang dikatakan mengajar agama tanpa tauliah.
Khalid menggesa Jais supaya memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat Selangor yang terkesan dengan penangkapan Dr Asri.
Pasukan penguatkuasa JAIS dengan bantuan polis malam tadi menahan Dr Asri di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.
Dr Asri yang dituduh mengajar agama tanpa tauliah ketika itu sedang memberi ceramah kepada lebih 300 hadirin.
Penahanan ini menarik perhatian umum kerana Dr Asri adalah bekas Mufti Perlis.
Sementara itu, dalam satu sidang akhbar petang tadi Pengarah Jais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan terhadap Dr Asri akan disegerakan.
Dr Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan.
“Kita telah pun menerima banyak aduan tentang kegiatan Dr Asri ini sejak beberapa tahun yang lalu dan kita memang telah beberapa kali cuba mengambil tindakan dan kali ini kami berjaya dan beliau akan didakwa selepas kertas siasatan itu siap,’katanya.
Bekas Mufti Perlis itu akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Khusrin Munawi menafikan pendakwaan ini bermotifkan politik. Pihaknya bertindak mengikut peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan.Tambahnya, Jais juga telah bertindak kepada sekurang-kurangnya 10 orang penceramah agama yang menjalankan kuliah di Selangor tanpa tauliah.“Kepada mana-mana pihak yang ingin membuat ceramah di negeri Selangor ini dinasihatkan agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan diminta menghormati undang-undang dan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Dimana semua pihak tidak terkecuali ,dimana sahaja didalam negeri Selangor ini perlu mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama Islam,”jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Jais, petang tadi. Mengulas isu penyebaran ajaran Wahabbi,Datuk Khusrin berkata ia tidak sesuai untuk dijelaskan sekarang, memandangkan siasatan masih dijalankan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Berita Harian hari ini yang mendakwa Jais menyiasat bekas mufti Perlis ini kerana menyebarkan ajaran Wahabbi.
Dr Asri mencabar pihak yang membuat tuduhan itu supaya tampil dan mengemukakan bukti.(ShakiraBuang-TvSela
ngor)

Ust Dr.Mohd Asri, bekas mufti Perlis ditahan JAIS..





















Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin selepas beliau menyampaikan kuliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay di sini malam tadi. Penahanan Mohd. Asri pada pukul 12 tengah malam itu dipercayai ada kaitan dengan fahaman Wahabi yang dikaitkan dengan beliau.Sebelum beliau ditahan, sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS telah berada di luar rumah banglo itu sejak pukul 8 malam.Dianggarkan, terdapat hampir 1,000 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.Anggota polis dan JAIS mula memasuki pekarangan kediaman itu selepas orang ramai meninggalkan banglo tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.Pegawai JAIS kemudiannya dilihat berbincang dengan Mohd. Asri, sebelum dia dibawa tanpa digari ke Balai Polis Ulu Klang.
Mohd. Asri sempat memberitahu para pemberita yang turut berada di kediaman itu supaya mengikutnya ke balai polis tersebut kerana beliau mahu memberi penjelasan mengenai kejadian itu.Turut berada di rumah banglo itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib.Semalam, Mohd. Asri yang mengadakan sidang akhbar di sini mendakwa Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) memfitnahnya dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.Mohd. Asri yang juga kolumnis `Minda Dr. Maza’ dalam akhbar Mingguan Malaysia berkata, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

APA KAH SATU TRAGEDI BILA BADRUL KELUAR DARI PKR..

Sudah sekian lama pihak parti masih belum membuat tindakan terhadap YB Badrul Hisham, ADUN Pelabuhan Klang walaupun umum mengetahui beliau tidak langsung memberikan nama baik kepada parti. Bila beliau mengumumkan keluar parti, kita pulak menyuruh beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Nampaknya rakyat yang menjadi mangsa mainan politik..Takut juga bila berhadapan dengan pengundi-pengundi yang bermaklumat sekarang ini, bijak menganalisa situasi.

Kepada YB Badrul Hisham, letaklah jawatan ADUN untuk kita menghadapi piliharaya kecill kawasan untuk diserahkan kepada rakyat, dulu rakyat memilih anda sebagai wakil rakyat PKR bukan wakil rakyat BEBAS !

November 01, 2009

PKR HULU SELANGOR TURUT MENDESAK YB BADRUL PELABUHAN KLANG LETAK JAWATAN


30 Oktober 2009
Kenyataan Media Rakyat/Penerangan Hulu Selangor
PKR Hulu Selangor hari ini mengecam kenyataan YB Badrul Hisham semalam dimana sebenarnya YB sendiri yang mendatangkan terlalu banyak masalah, karenah dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan pengundi dalam melaksanakan tugas dan amanah.  Dengan keluarnya YB Badrul Hisham daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan dan mutu kerja yang cemerlang,bertanggungjawab dan bersih. Tindakan beliau keluar dan menyokong UMNO/BN membuktikan dan menjelaskan lagi itulah wadah politik yang amat sesuai dengan imej kini UMNO/BN yang penuh dan terpalit dengan pelbagai skandal,penyelewengan,rasuah dan jenayah politik.
PKE Hulu Selangor juga mahukan YB Badrul Hisham meletak jawatannya sebagai seorang ADUN di kawasan Pelabuhan Klang memandangkan rakyat di kawasan itu telah memilih beliau di atas tiket PKR, dan seharusnya dipulangkan kepada rakyat di Pelabuhan Klang untuk memilih semula ADUN baru.

Sekian.
Shaiful Anuar Sulaiman
Ketua Penerangan
Cabang Hulu Selangor

October 31, 2009

Dana Pakatan Rakyat Perak dilancarkan..



YAB. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng diberikan penghormatan melancarkan dana Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan didampingi oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak, Sdr Mustaffa Kamil Ayub (PKR), YAB Dk Nizar sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

FORUM BAJET 2010 BERSAMA DS ANWAR - SELASA 3 NOV 2009


Forum Bajet 2010 bersama DSAI, TG Hadi Awang & Tony Pua, dirasmikan oleh MB TS Khalid pada 3/11(Selasa), 8mlm, Dwn Banquet MBPJ PJ. Semua dijemput.

TERLANGSUNGLAH KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK HARI INI DI HOTEL SYUEN -IPOH


Perwakilan dari semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat Perak memenuhi dewan sebuah hotel terkenal di IPOH dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama. Sumber foto dan teks : Cina islam

A+ way to get the best of the best in SPM -- kriteria baru masuk ke IPT tahun depan


PUTRAJAYA: Starting next year, a new system will be used to calculate the merit points for Sijil Pelajaran Malaysia 2009 school leavers and the examination’s equivalent for admission into public institutions of higher learning.

Higher Education Department director-general Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi said the change was in line with the Education Ministry’s new A+ pass level for SPM 2009 school leavers next year.
“The system is introduced to accept the best into the public institutions of higher learning (IPTAs) and to distinguish the difference between A+, A and A-,” he said at a news conference here yesterday.
Using this new system, a student scoring A will be categorised as A+, A or A- with merit points of 18, 16 and 14 respectively, compared to the previous 1A and 2A.
He said grade 3B would be changed to B+ and have a value of 12 merit points, 4B changed to B (10), 5C to C+ (eight), 6C to C (six), 7D to D (four), 8E to E (two), and 9G to G with no merit points.
However, Radin Umar said the new method would also take into account the special entrance requirement to ensure that earlier students who obtained grade 6C (credit) were not moved to a lower grade.
“The processing, calculation of merit points, university entrance requirement, programme entrance requirement and candidate selection will be carried out in two ways, which are the current method for SPM 2008 school leavers and those before that, and the latest method for SPM 2009 school leavers.
“This way, chances of earlier SPM school leavers to further their studies at the IPTAs are not affected.”
He said the implementation of the new merit calculation method would be made known to everyone during the Higher Edu-cation Carnival 2010 with the cooperation of the Education Ministry, from January to March next year in 10 selected zones nationwide. — Bernama

SPRING CLEANING KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR..

SHAH ALAM, 30 Okt: Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah tidak patut menutup pusat khidmat kepada rakyat di kawasannya sungguhpun benar dia hilang kepercayaan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ini kerana, beliau memikul amanah pengundi kawasannya dan tidak boleh menafikan hak mereka untuk mendapatkan khidmat dari beliau.
Demikian kata rakan Adunnya, Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi adalah Adun Seri Setia yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor sebagaimana dilaporkan laman web Selangorkini.
Badrol mengumumkan keluar dari PKR disebuah hotel dekat Kuala Lumpur petang semalam. Pagi semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, beliau telah mencadangkan kepada PKR agar Badrol meletakkan jawatan.
Nik Nazmi menyelar kenyataan Badrul bahawa beliau hilang kepercayaan kepada parti lalu keluar dari PKR. Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo pula sebagaimana dijangka berkata sedia menerima 'orang buangan' dari PKR ini.
Nik Nazmi berkata, PKR terlebih dahulu hilang kepercayaan kepada Badrul setelah beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.
Image
Menurutnya, Badrul tidak seharusnya bertindak menutup Pusat Khidmat DUNnya, sekalipun hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, tindakan Badrul meninggalkan PKR dilihat sebagai membantu Kerajaan Selangor untuk membersihkan pemimpin Pakatan Rakyat dari dibelenggu wakil rakyat yang bermasalah.
Setiausaha Polilitik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan ini disambut baik setelah Badrul enggan menerima sebarang bentuk bantuan dari kerajaan negeri dan parti bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
"Kita selama ni cuba untuk perbaiki selepas dapat banyak respon tentang rekod dia, tentang prestasi dia sebagai seorang wakil rakyat dan kita cuba berjumpa, kita cuba membantu tetapi dia nampak dia tidak mahu menerima bantuan kita, dia dah tutup pusat khidmat dia, kita bergerak lama tanpa dia jadi kita ucapkan selamat jalan lah pada dia," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Badrol tidak lagi layak mewakili PKR dan Pakatan Rakyat kerana beliau gagal berkhidmat untuk rakyat walaupun berulang kali ditegur oleh pimpinan parti.Khalid berkata beliau mengalu-alukan pengumuman Badrol bahawa beliau kini akan menjadi Adun bebas dan menyokong Barisan Nasional."Kita merasakan YB Badrul Hisham tidak boleh mewakili Pakatan Rakyat, melihat kepada rekod kerja beliau yang tidak memuaskan," kata Khalid.
"Beliau dilihat tidak boleh, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat. Demikian itu, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak-ansur," tambahnya.
Khalid berkata Badrul sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang mampu melaksanakan amanah penduduk Pelabuhan Kelang.
"Kita tidak halang beliau menjadi wakil rakyat bebas, tetapi belia dianggap telah menyalahguna parti untuk menjadi calon," kata Khalid.

October 30, 2009

Proses-kematangan-parti-mengambilaleh...tak payah risau


Ada orang ramai bertanya tentang keadaan sekarang didalam parti , kononya kelamkabut, yb pkr keluar jadi bebas, sokong bn, ramai tidak sokong ketua cabang....

Apa yang nak di risau walaupun sedikit. Yang jelas saya nyatakan bahawa puluhan ribu ahli UMNO sudah keluar parti, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN.

Sesetengah mereka itu masuk kerana kesedaran, ada sesetengah mereka itu tinggalkan UMNO kerana keciwa tak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Ada diantara mereka itu yang ada pengaruh, dan diterima menjadi pimpinan samada dalam PAS atau KEADILAN.

Dan apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendakki mereka keluar pula dari PAS atau KEADILAN.
Yang paling banyak berhijrah ke parti-parti lain adalah dari UMNO, merekalah yang banyak keluar. Mungkin 1/3 atau lebih dari anggota-anggota KEADILAN adalah dari UMNO, kadang-kadang mereka ini terbawa-bawa dengan budaya yang mereka ambil dari UMNO. Contohnya, orang-orang UMNO suka berkomplot, suka fitnah-memfitnah, suka menjatuhkan sesama sendiri, dan perkara ini kadang -kadang terikut-ikut juga dalam KEADILAN.

Tetapi bukan semua mereka dari UMNO itu yang berperangai buruk sedemikian rupa. Lebih ramai yang baik, mereka keluar dari UMNO kerana keinsafan dan kesedaran, mereka tidak suka sifat-sifat buruk didalam UMNO, mereka menyertai KEADILAN dan mereka tidak mahu sifat-sifat buruk itu berlaku didalam KEADILAN.
Mana yang nak keluar dari KEADILAN itu, keluarlah, tak siapa yang nak dan boleh menghalang mereka. Mungkin, mereka tidak dapat apa yang mereka hajatkan dari KEADILAN.
Seperkara yang pasti bahawa didalam KEADILAN tidak ada projek ini dan projek itu, dan jauh sekali kalau nak jadi exco atau menteri, kerana KEADILAN adalah sebuah parti pembangkang diperingkat Persekutuan.
Namun, jika KEADILAN memerintah pun, tak semudah itu projek-projek dan kontrak-kontrak akan diberikan kerana jelas dasar dan dinyatakan didalam manifesto KEADILAN bahawa parti itu menentang kronism, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Saya tengok pemerintahan Negeri Selangor tidak ada pemberian projek secara pilih-kasih kepada kroni-kroni. Kontrak-kontrak diberikan secara tender terbuka. Semua orang berpeluang mendapat kontrak termasuk kontraktor-kontraktor dari UMNO dan lain-lain parti. KEADILAN bukan sekadar hanya bercakap tetapi apa yang dicakapkan adalah dikotakan.
Ada orang tidak suka dengan keadaan ini, mereka kata, didalam pemerintahan UMNO hanya ahli-ahli UMNO dan kroni pemimpin-pemimpin saja yang dapat projek dan kontrak, kenapa didalam KEADILAN tidak dibuat begitu?

KEADILAN berjuang untuk keadilan untuk semua, kerajaan KEADILAN adalah kerajaan untuk semua rakyat, dan dengan melakukan keadilan untuk semua, rakyat boleh menilai dan rakyat akan terus menyokong KEADILAN.
Pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri eloklah keluar dari parti supaya perbuatan dan tindakan mereka yang akan menyeleweng itu tidak merosakkan parti.

Orang-orang seperti itu elo0klah berada didalam UMNO dan lain-lain parti didalam BN dan tidak ada faedahnya jika mereka menempel didalam KEADILAN, dan bagi KEADILAN pula tindakan mereka itu bolehlah dianggap sebagai pembersihan parti.

@MediaRakyat/SAS

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK 31 OKT 2009 HOTEL SYUEN -IPOH


Dijemput semua ke "Konvensyen Pakatan Rakyat Perak" pada 31 Oktober 2009 di Hotel Syuen, Ipoh. Para pembentang: YB Lim Guan Eng, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Perasmian penutup oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

MB SURUH LETAK JAWATAN, TERUS KELUAR PARTI...

Oleh : tok_iskandar


Bijaknya TGNA, bila dia cakap Brahim ali macam sampah, Umno pun tak nak terima raja katak ni. Poyolah Brahim Ali nak bodek najib termasuk desak kes liwat anwar dipercepatkan.
Umno tentu tak nak jadi bodoh sangap bila benarkan Brahim Ali join umno. Kemudian, TGNA cadang PAS adakan EGM. Biarpun akhirnya jadi Mesyuarat Khas AJK PAS, tapi keputusan membawa PAS Selangor ke jawatankuasa tatatertib PAS membantutkan hasrat Najib untuk merampas Selangor.
Kali ini bukan sahaja Hassan Ali dipantau tapi kesemua Adun PAS Selangor. Sehari kemudian, musang berbulu ayam dikesan MB dan Badrul Hisham diminta letak jawatan Adun Pelabuhan Kelang. Menyalaklah mamat ni, dan isytihar keluar parti pasal kes liwat anwar.
Inilah Adun PKR paling teruk jika dibandingkan dengan ketiga katak PKR yang melompat. Sekurang-kurangnya mereka tidak mencemuh Anwar. Mungkin mentalnya juga bermasalah, kesemua mereka ini akan jadi liabaliti kepada Umno. Kita tengoklah nanti !

October 29, 2009

DS ABDUL HADI UMUM AKAN ADAKAN SEMINAR KHAS, BUKAN MESYARAT KHAS ..


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang PAS mengumumkan Pas akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya. Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur

PKR SUDAH MAKIN MATANG NAMPAKNYA...MENJELANG PEMILIHAN TAHUN 2010..

Jika kita berada didalam situasi politik melayu yang mengikut acuan lama, sememangnya ia akan menggunakan serangan peribadi, fitnah, surat layang dan kekadang sampai menggunakan ugutan sms. Apa tanda ini semua, harus di lihat sebagai situasi terdesak, apa pun sekurang-kurangnya parti dan ahli parti semakin matang bila dekat dengan pemilihan parti awal tahun.Helah bakal calon dan penyokong calon akan berbuat apa saja kerana mendapat imbuhan untuk menjalankan perang saraf masing-masing.

Bila ada rakan dan penyokong politik bertukar arus dan termakan dengan jarum-jarum halus, pergerakan politik perlu tidak sampai menjatuhkan parti dan nama parti harus diambil kira. Semua penggerak parti akan mula menaruh harapan  untuk menjadi pemimpin, tapi mampu kah mereka mengangkat ke tahap yang lebih baik. Mereka akan mula berkempen..

Sekurang-kurangnya juga, sekarang ahli dan pendukung parti akan dapat tahu  siapa yang mampu atau tidak mampu, justru maka keluarlah nanti pelbagai fitnah dan serangan peribadi..Lawan akan tersenyum. Kebenaran akan keluar..Berhati-hati dijalanraya...


October 28, 2009

Secebis jubah speaker buat bukti Yb Sivakumar


Sivakumar menunjukan cebisan jubah speaker yang ditarik dan akhirnya jubah itu dirampas oleh anggota polis.Ketua Polis Perak harus bentanggungjawab kerana mengarahkan anggotanya supaya menarik, mengoyak jubah speaker. Inilah yang dikatakan Polis akan menjaga keselamatan adun.
Sanggup bersekongkol dengan UBN bagi memalukan Rakyat Sultan Perak dengan cara yang paling tidak bertamadun, bagaimana pandangan masyarakat terhadap anggota polis masa akan datang. ( bila dah pencen selalunya mengaku penyokong pembangkang).
@sumber - perakkume

Rupanya Speaker takut di angkut, patutla pasang guards ..


October 27, 2009

ADUN PR hadir sidang esok, dapat jaminan polis ....


28 ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan kehadiran ke sidang DUN esok setelah mendapat jaminan daripada pihak polis bahawa keselamatan mereka akan dijaga.Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata, mereka akan hadir berdasarkan notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah."Kami (ADUN Pakatan) akan hadir atas panggilan speaker yang sah. Saya tak mahu sebut nama, tapi saya tegaskan, speaker yang sah,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily.Khalil merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan jaminan akan menjaga keselamatan mereka itu."Saya ucapkan terima kasihlah di atas jaminan itu,"ujarnya.Semalam, Khalil yang juga ADUN Titi Serong berkata kesemua ADUN Pakatan mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka."Sebelum ini kami (ADUN Pakatan) minta jaminan daripada pihak polis. Apa jaminan yang mereka boleh bagi untuk pastikan keselamatan kami terjamin," katanya lagi.Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin seperti yang dilaporkan laman web Malaysikini sebelum ini mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak Pakatan.Nizar juga memberitahu bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang esok.Khalil sebentar tadi turut memaklumkan perkembangan terkini berhubung sidang DUN esok yang dihantar ADUN DAP Beruas Ngeh Kor Ham melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Ngeh membuat tinjauan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi melihat perkembangan terkini.Ngeh dalam pesanannya memberitahu polis baru sahaja selesai memasang kamera berparabola di sekeliling Bangunan Perak Darul Ridzuan dihubungkan terus ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memantau sebarang kejadian esok.
"Polis turut memasang mesin pengesan di pintu masuk utama. Beberapa petugas sedang mencuba mikrofon tanpa wayar kemungkinan akan digunakan speaker mereka apabila mereka mematikan mikrofon ADUN PR," lapornya dalam sms berkenaan.

Korban Pertama 1Malaysia di Sungai Kampar....


Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus. Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat. Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

TERKINI !! TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH DI KUALA DIPANG -19 safe, 1 dead, 2 still missing

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH DI KUALA DIPANG


TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG RUNTUH - Seramai 22 pelajar Tahun 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan sekitar Daerah Kinta yang sedang mengikuti Kem 1 Malaysia di SK Kuala Dipang, Kampar dipercayai hilang dihanyutkan air deras akibat kejadian jambatan gantung yang mereka lalui runtuh malam tadi... berita terkini akan menyusur...



October 25, 2009

Dr Halimah Ali, Exco Selangor - Janji kerajaan Selangor akan membantu pelajar menerusi program tuisyen rakyat..


Kerajaan Negeri Selangor menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 3000 pelajar yang akan menduduki SPM tahun ini di Dewan Jublee Perak, Bangunan Sultan Selehuddin Shah, Shah Alam pagi ini melalui Bengkel Menghadapai SPM 2009. Yb Dr Halimah Ali telah menaruh harapan kepada pelajar-pelajar SPM ini akan menunjukkan kecermerlangan didalam peperiksaaan yang bakal datang dan menjadikan Selangor tempat melahirkan pelajar harapan negara.

Slot Minda Segar yang dikelolakan oleh Sdr Osman Affan pada sesi pagil telah berjaya menggegarkan dewan pagi ini dengan strategi dan teknik-teknik psaikologi peperiksaan. Penyampaian penceramah motivasi yang bersahja telah berjaya menghidupkan suasana pagi selepas majlis perasmian oleh Exco Dr Halimah. Sebelah petang akan di penuhi dengan bengkel Bahasa Inggeris dan Matematik oleh guru-guru pakar didalam bidang tersebut...

Pada awal November nanti akan diadakan Solat Hajat SPM Perdana di Mesjid Negeri, Shah Alam.

@Media PKRHSgr/SAS

October 23, 2009

"KUIL" yang diroboh di Seksyen U1, Shah Alam !!!


Kuil yang dikatakan "diroboh" oleh MIC di Persiaran Kerjaya, Jalan Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam, merupakan tempat "kutu ekor" untuk memuja mendapatkan "nombor ekor" dan bukan lah tempat bersembahyang atau kuil.

October 20, 2009

CERAMAH SEMASA BAGAN PINANG : 'MARUAH VS RASUAH' :

TARIKH : 22 Oktober 2009 (Khamis)
MASA : 9:30 malam
TEMPAT : Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak
PENCERAMAH :
1. Tuan Haji Mohamad Sabu
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
2. Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
3. Zulkefly Mohamad Haji Omar
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan calon PAS Pilihan Raya Kecil DUN N.31 Bagan Pinang
SEMUA DIJEMPUT HADIR.

CCSB RAIKAN PELATIH KURSUS IT RAKYAT..SABTU 17 OKT..

SHAH ALAM, 18 Okt - Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) meraikan pelatih-pelatih kursus IT rakyat tajaannya dalam satu majlis Sambutan Raya Aildilfitri di Shah Alam, semalam.
Ia bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di kalangan pelatih serta kakitangan CCSB yang terlibat dalam penerbitan berita penyiaran Tv Selangor di internet.
“Bagus kursus yang diberi kepada kami tu sebab daripada apa yang kerajaan negeri Selangor buat ni memang eloklah kerana daripada untuk kita yang mungkin tidak lagi dapat dalam bentuk IT, dengan adanya kursus yang dibuat ni kita terdedah kepada bagaimana nak menggunakan emel, blog, dan pendedahan tentang facebook, secara tak langsung kita dapat manfaat daripada apa yang dibuat oleh kerajaan negeri kepada rakyat negeri Selangor ni”, jelas Johari Hussien dari Shah Alam.
“Saya merasakan inilah rasanya peluang terbaik yang telah diberikan kerajaan negeri Selangor pada ahli-ahlinya untuk mendedahkan pentingnya penyebaran maklumat melalui IT ini”, jelas Mohd Aftar Benchik dari Subang Jaya.
“Kursus ni sebenarnya bagus, sebab dia sebenarnya mencelikkan rakyat yang buta IT, yang tak ada asas langsung pun boleh belajar serba sedikit pasal IT”, kata Siti Zarina Mohamed dari Subang Jaya.
“Program IT Rakyat untuk mereka memahami tentang penulisan, bagaimana tentang ucapan awam, supaya mereka memahami tentang menggunakan media-media massa, dan juga mereka diberi peranan dan tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang penting kepada kerajaan negeri”, kata Pengarah Program Latihan dan Pendidikan IT Rakyat, Khairul Anuar Othman.

October 14, 2009

"Biar rakyat tahu ke mana duit disalurkan dan bagaimana kita gunakan harta negeri." Ringkas dan penuh makna -TA Khalid

KUALA LUMPUR, 14 Okt: "Biar rakyat tahu ke mana duit disalurkan dan bagaimana kita gunakan harta negeri." Ringkas dan penuh makna, demikian antara petikan rumusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewaktu ucapan penutupan Majlis Dialog Bajet 2010 Negeri Selangor yang berlangsung selama dua hari yang bermula 12 Oktober lalu.
Sambil itu, beliau berharap pertemuan dan perbincangan itu akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan matlamat menjadikan Selangor sebuah negeri yang berjaya dari segala aspek dan rakyatnya hidup makmur.
"Sebenarnya tujuan majlis ini adalah untuk memastikan perbelanjaan kita diurus dengan baik dan akhirnya Selangor akan berkembang maju dan rakyatnya sendiri akan mendapat pulangan," katanya kepada hadirin.
Majlis yang melibatkan penyertaan 450 prang peserta itu dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor ini, bertujuan untuk menyediakan satu forum di mana wujudnya komunikasi dua hala secara langsung di antara pihak penggubal dasar dan pihak yang terlibat di peringkat akar umbi.
Majlis itu merangkumi tiga sesi taklimat khusus, menjurus kepada elemen-elemen penyediaan dan perancangan Bajet 2010 dijangka dibentangkan semasa Mesyuarat Ketiga (Bajet 2010) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kedua Belas pada 9 � 17 November 200
Sambil itu, Khalid merakamkan rasa puas hati dengan keterlibatan para peserta yang memberi input dan idea yang baik selama majlis itu berlangsung dua hari bagi memastikan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Melestarikan Komuniti" mencapai sasaran.
Selain itu, percambahan minda oleh beberapa pembentangan kertas kerja, turut menarik perhatian Khalid yang menyifatkan begitu positif antaranya yang diterangkan oleh Moderator seperti Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad;Dr Halimah Ali (Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan),Dr Xavier Jayakumar (Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin) dan Ronnie Liu (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan).
Iskandar dalam Majlis itu telah mencadangkan kerajaan negeri mengambil alih penyelenggaraan lif di perumahan rumah pangsa yang mana bagi bajet 2010 ini dianggarkan kerajaan negeri memerlukan sekitar RM8 juta untuk menyelengara 1,1011 lif di rumah-rumah pangsa kos rendah itu.
Katanya, hampir setengah juta penduduk Selangor menghuni di perumahan kos rendah dan kebajikan mereka ini perlu dijaga kerana pembinaan projek perumahan rakyat tidak semestinya dilihat bagi mendapatkan keuntungan.
Khalid Ibrahim yang merumuskan cadangan Iskandar itu berkata kerajaan negeri akan mencari dana bagi menyediakan peruntukan menyelenggara lif-lif di rumah pangsa kos rendah di negeri ini.
Penyelengaraan lif adalah antara masalah terbesar dihadapi oleh penghuni rumah pangsa kos rendah di negeri ini.
"Konsep supaya kita menjaga lif untuk semua rumah pangsa yang menjadi masalah terbesar kita kena fikirkirkan, oleh itu lembaga perumahan besok cari dana untuk atasi ini.
"Saya nampak masalah terbesar rumah pangsa adalah lif. Kita akan cuba laksanakan jadi kita akan buat tender kepada semua syarikat yang boleh membaiki lif, saya tahun sekurang-kurangnya nya membelanjakan 5 juta untuk membaiki rumah-rumah pangsa dibawah PKNS,"katanya.
Sementara itu, Khalid turut mengulas berhubung Pembangunan modal insan di Selangor, yang berteraskan konsep SPIES iaitu Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social yang diilhamkan Dr Halimah sebelum ini.
Katanya, usaha ini penting untuk melahirkan masyarakat Selangor yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara, sekaligus mewujudkan persekitaran hidup yang selesa dan selamat.
Ketika membuat rumusan, Dr Halimah berkata, pendidikan dan pembangunan modal insan adalah tunjang kepada pencapaian kejayaan negeri Selangor. negeri Selangor yang mahu membina aset, mind set, attitude, yang tahu mempunyai ilmu dan kemahiran, learn worker teachable, mahu melakukan, akan melakukan delivery system, segala perancangan pembangunan Kerajaan Negeri Selangor," kata Halimah.
SPIES katanya, turut memberi penekanan kepada aspek kemahiran, seperti kemahiran kepimpinan, komunikasi dan sosial.
Khalid dalam rumusannya itu berkata, konsep SPIES ini adalah peracangan dan program jangka masa panjang yang hasilnya tidak mungkin dapat dilihat dalam masa terdekat.
"Ia merupakan tough subject ( isu yang sukar) dan memerlukan komitmen yang tinggi dan program janga masa panjang yang akhirnya mahu melihat dan menghasilkan rakyat Selangor yang berkualiti, yang dapat menyumbang tenaga dan minda kepada kejayaan Selangor," kata Menteri Besar itu.
Mengakhiri majlis itu, Khalid berharap semua pihak dapat mengembleng tenaga dan komited dalam mencapai sasaran Bajet 2010 yang bakal dibentang kelak.
"Kita tidak boleh selesaikan semua masalah tetapi kita sentiasa memperbaharui dan memperbaiki pentadbiran kita.
"Biar rakyat tahu ke mana duit disalurkan dan bagaimana kita gunakan harta negeri," katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.